DCC1023:Istilah-Istilah bagi Kerja Bata
Di bawah ini
terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja bata :
·
Sambungan Datar --Bata ini disambung secara mendatar atau
mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris
dan ikatan flemish.
·
Sambungan Tegak ==Merupakan susunan bata yang diikat secara
menegak dan berselang antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat
pada struktur binaan pada tiang lurus.
·
Sambungan Tindih--Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah
atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata
ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga
T.
·
Quoin/Pepenjuru--Sambungan ini berbentuk L dan biasanya
dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan. Sambungan batanya disusun secara
berselang-seli atau bertindih antara satu sama lain.
·
Hujung Terhenti=Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan
( disiapkan untuk secara menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang
bersudut. Di mana hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada
pembinaan lain lagl selepasnya.
·
Gerigi==Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya
tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang
berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan
kerja penyambungan pada masa hadapan.
· Pepara==Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu
dengan ikatan kepala bata dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai.
Sambungan ini biasanya dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di
atas kerangka pintu atau tingkap.
Pelajar-pelajar boleh layari web dibawah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai
spesifikasi bata
No comments:
Post a Comment