DCC1023-MODUL KAYU

PENGENALAN

1.0 KAYU Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan tropika. Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan. Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.
 

1.2.1   PENGKELASAN KAYU
Di  Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions"  kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu:

KUMPULAN
JENIS
Kumpulan kayu keras yang berat
( HHW-Heavy Hardwood);

Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana berat
(MHW-Medium Hardwood);

Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.

Kumpulan kayu keras yang ringan
(LHW-Light Hardwood)
Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut
(SW-softwood)
Damar Minyak, Geronggang, Jelutong, Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan Terentang.



1 comment:

  1. saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur ​​​​yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya lulus dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.

    ReplyDelete